BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 25, 2010

Antara Politik dan Amanah...

Semakin hari semakin jelas dengan apa yang sedang berlaku kini. Di Malaysia baik Kerajaan mahupun pembangkang masih tidak jelas dengan tugas dan profesionalisme dalam bekerja.. Masih lagi tunduk pada ikatan Parti masing-masing sehingga menjadikan segala kerja sebagai suatu yang mempunyai niat-niat terselindung. Sekaligus menghakis sikap 'kerja dengan ikhlas' daripada dunia hari ini.
Kita harus berubah untuk bekerja sebagai satu komuniti dan tidak lagi hidup bernyawakan parti. Benar... parti itu yang memberi peluang untuk periuk nasi mereka. Namun, cukuplah dengan meraih undi dan berpolitik semasa pilihanraya. Ini sudah beberapa tahun selepas pilihanraya tapi masih saling menghentam dan memfitnah sehinggakan membunuh suasana kerja profesional dan membantut pembangunan negara.
Negara dan rakyat tidak bergantung pada golongan 'materialistik' dan 'jumud' seperti ini untuk hidup tetapi kepada mereka yang mementingkan kami seadanya. Dan mereka yang faham tugas dan lantikan sebagai 'Wakil Rakyat' yakni menjadi wakil atau bekerja untuk rakyat. bukannya sebagai bos rakyat dan boleh berbuat sesuka hati dan mengaut keuntungan ke dalam kocek sendiri... Sedarlah... akan kita boleh memacu lebih laju dan lebih kukuh. Janganlah sudah berbangga dengan apa yang ada hari ini.

Thursday, August 19, 2010

Dinar & Islam

Dinar itu Islam? Adakah Dinar diturunkan bersama-sama dengan surah-surah dalam Al-Quran? Bukankah membazir untuk perkara yang SANGAT tidak perlu itu jelas ditegah dalam Islam? Perlukah mencipta matawang lain sedangkan telah wujud matawang rasmi? Untuk apa? Atau untuk siapa? Bukankah lebih baik kos itu diberi kepada yang fakir?
‘Membuat perubahan’ tidak semestinya menukar segala-galanya termasuk yang baik dan bermanfaat. Membuat perubahan adalah mengubah sesuatu yang jelas buruk kepada sesuatu yang lebih baik dan bukan sebaliknya. Berfikir, berbincang, dan berkompromi tiu sangat penting sebelum melakukan apa-apa tindakan yang akan melibatkan ramai pihak, terutamanya yang jelas tidak pernah diminta atau diperlukan oleh mana-mana rakyat melainkan pihak-pihak yang berkepentingan dan melabel tindakan itu sebagai untuk rakyat.
Kepada yang ada saham dalam tindakan ini, sila teliti semula. Mungkin ianya bukan sesuatu yang harus dikomersialkan sebagai mata wang ALTERNATIF tetapi boleh diaplikasikan sebagai salah satu koleksi yang dihasilkan kerajaan negeri dan untuk tujuan persendirian dan bukan komersial. ADA SEBAB KENAPA MATA WANG HARI INI DIPELOPORI OLEH KERTAS. Selamat berjuang….

Tuesday, May 18, 2010

Tugas Guru Bebanan atau Imbuhan?

Hari ini hangat dipersoalkan bahawa tugas guru di sekolah menjadi bebanan di samping tugas mengajar. Sebelum itu ingin dijelaskan bahawa ini adalah pendapat kasar dari saya sendir tidak melibatkan mana-mana pihak atau tujuan. Sekadar pandangan ikhlas. Tugas-tugas lain itulah yang membezakan antara guru, pengajar dan pensayarah. Hari ini ada golongan guru yang melenting disebabkan perkara ini. Suka untuk saya rujuk kepada puluhan tahun sebelum ini, di mana guru juga melakukan semua tugas tersebut tanpa sebarang keluhan malah berbangga. Hal ini adalah kerana guru dianggap sebagai golongan cendekiawan di kalangan rakyat samada kelompok mahupun di Negara ini. Segalanya dirujuk kepada guru. Daripada pengkeranian, kertas kerja, politik, agama, kemahiran, nasihat, dan banyak lagi.
Jadi bayangkan, jika benar guru pada masa akan datang hanya bertugas mengajar dan tidak melakukan tugas-tugas lain, adakah mereka mampu menghulurkan bantuan kepada masyarakat seperti sepatutnya sedangkan mereka tidak ada apa-apa pengalaman? Adakah mereka akan ada kemahiran lain selain mengajar? Ini seharusnya difikirkan terlebih dahulu sebelum mengeluh. Sedangkan telah terbukti, perjuangan menuntut kemerdekaan pun turut diharungi oleh golongan guru kerana mereka tidak tertumpu kepada mengajar semata-mata tetapi juga sebagai ejen perubahan dan kemajuan bagi masyarakat sekitar. Oleh itu, percayalah bahawa tugas-tugas lain itu adalah suatu imbuhan atau bonus bagi guru untuk menambah kemahiran dan ilmu yang ada. Cuma yang jelasnya adalah para guru perlu lebih teratur dengan pembahagian masa dan pihak atasan juga harus lebih teliti dalam pembahagian tugas. Ikhlas adalah kunci segala persoalan. Kerana guru itu adalah segala ilmu buat rakyat agar tidak tersesat dan bertambah maju… Wallahualam…

Friday, April 16, 2010

Adil atau Jahil?

Pelik kefahaman rakyat Malaysia hari ini yang mengaku menegakkan Islam sedangkan jelas tidak mengamalkan ilmu Islam. Inilah yang sangat dibimbangkan kerana golongan ini mempolitikkan Islam dan bukannya mengIslamkan politik. Namun, bukan semua kerana tidak melibatkan pucuk pimpinan... sekadar anak buah yang 'over' dan jahil. Mengaitkan kerajaan hari ini dengan APCO dan menuduh menyumbang kepada Israel. Justeu mengambil tindakan membaling telur di MASJID. ini yang pelik, mencaci yahudi atau Islam? tak boleh buat di padang ke? lagipun tidak seorang pun ada bukti berkenaan kerjasama tersebut tapi dah nak menghukum. Yang peliknya, tidak berlaku dalam kes liwat ketua perjuangan (tidak pasti) mereka pula. Belum habis bicara dan bukti masih dikemukakan di mahkamah dah kata tak bersalah. Macam mana kalau betul dia bersalah? Macam mana pula kalau tak bersalah? ada bukti tak bersalah.. Ada bukti bersalah bagi kes APCO? pelik.. ni lah jadi kalau dah taksub... diajar untuk berlaku adil dalam Islam, tapi menganggap manusia itu maksum pula... Sapa yang salah? sapa yang betul? Fikirkan... Jangan zalim.. takut jatuh fitnah dan jadi khurafat... Semoga Allah melindungi negara ini daripada golongan yang bersalah dalam kedua-dua kes ini dan semoga mereka diberi petunjuk...