BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 19, 2009

Terdesak atau NYANYUK?

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan tindakan jumud dan melulu seorang tokoh ulama di Malaysia. Beliau meletakkan suara dan mulut yang dikurniakan ilahi sebagai penghukum yang terus menghantar manusia itu samada ke neraka mahupun syurga. AGAMA memang sebahagian daripada POLITIK. TETAPI!!!! janganlah sekali-kali mempolitikkan AGAMA kerana jelas sekali islam itu SYUMUL dan tidak terletak pada nas yang dikeluarkan para ulama tetapi daripada Al-QURAN dan SUNNAH Rasulullah s.a.w. Apatah lagi berkata buruk dan menghambur insan lain hanya kerana berbeza amalan politik adalah amat dilarang di dalam islam. Sedangkan Rasulullah sendiri yang menjadi pemimpin Madinah tidak pernah menghambur penduduk yang bukan Islam yang tinggal di Madinah ini kan pula kita manusia biasa. Menyebarkan fatwa palsu adalah disamaertikan dengan memfitnah Allah s.w.t. Nauzubillah... Baliklah kepangkal jalan... jika sudah tidak mampu berwaras lagi.. janganlah mengeluarkan apa-apa fatwa. ANDA MEMBURUKKAN MELAYU dan ISLAM secara terang-terangan. ISLAM bukan agama FALSAFAH atau MEMORANDUM.

Monday, August 10, 2009

Sedar Tapi Tak Sedar...

Rakyat Malaysia hidup dalam kesenangan yang teramat sangat sehingga lupa akan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan... Berapa ramai anak muda hari ini yang berdaftar dengan SPR (Suruhanjaya Piliharaya). Begitupun, ramai juga yang telah mendaftar tetapi tidak menunaikan tanggungjawab mereka untuk keluar mengundi. Namun, apabila jatuh ke tangan mereka yang tidak sepatutnya dan menyusahkan kehidupan mereka, barulah nak mula melatah dan buatperkara-perkara yang tidak masuk akal... Fikirkanlah... anda yang menentukan hari depan...

Tuesday, August 4, 2009

Perpaduan Politik

Politik di Malaysia semakin membimbangkan sejak ketua pembangkang dibebaskan. Perlukah semua ini berterusan untuk kesejahteraan rakyat? Perlukah beriya-iya untuk menjadi PERDANA MENTERI barulah sudi berkhidmat untuk rakyat? Di peringkat ini pun jelas bahawa keikhlasan seseorang individu itu mampu dipertikaikan. Lebih jelas adalah rentetan perkara memalukan yang berlaku di dewan mulia PARLIMEN. Tempat yang sangat dihormati sebagai penggubal undang-undang dan perancangan kemajuan sejagat. Namun, pertelingkahan demi pertelingkahan diwujudkan kononnya suara rakyat, sedangkan golongan inilah yang memalukan rakyat dan menjatuhkan pelaburan negara luar di dalam negara. Perlukah berkelakuan sumbang untuk membangkang? perlukah PEMBANGKANG itu membangkang semua tindakan kerajaan? dan perlukah KERAJAAN membangkang semua cadangan PEMBANGKANG? tanpa kedua-dua pihak ini memikirkan keperluan dan kebajikan rakyat? Mari sejenak kita ambil iktibar dari negara luar. Negara yang menjadi IDOLA pihak PEMBANGKANG iaitu A.S. Negara ini juga mengadakan pilihanraya untuk memilih presiden dan pelbagai pihak bertelagah dan menjual portfolio masing-masing. Namun, selepas selesai pilihanraya, semua calon mampu berjabat tangan dan bekerjasama sebagai suatu pasukan demi negara dan masyarakat. Kenapa teladan begini tidak diambil tetapi ikutan demonstrasi jalanan yang dibawa pulang ke Malaysia? adakah wakil rakyat Malaysia tidak mampu berbaik-baik dan menjadi ANGGOTA PARLIMEN semasa persidangan PARLIMEN dan bukanlah tiga pihak iaitu PEMBANGKANG, KERAJAAN, dan BEBAS? sedangkan secara formalnya, semua yang layak ke PARLIMEN adalah secara rasminya PIHAK KERAJAAN. Adakah pemimpin yang dipilih baru-baru ini tidak cukup berpendidikan sehingga tidak mampu memahami protokol mudah ini demi rakyat yang memberi KEPERCAYAAN yang tidak sepatutnya diperlekehkan. Hal demikian jelas kerana undi yang diberi bukanlah PERCUMA!!! Ingatlah pada golongan yang tidak berdaya dan sihat yang masih pergi mengundi dan memberi kepercayaan kepada pemimpin berkenaan. Adakah mereka berkorban untuk melihat BUDAK-BUDAK berGADUH di PARLIMEN? Dek kerana sikap itu, mereka akan lebih dahulu TUTUP MATA sebelum mampu melihat kemajuan dan kejayaan MALAYSIA 2020!!!. Sedarlah wahai PEMIMPIN-PEMIMPIN.

Siapa Layak Memerintah?

Sepatutnya Malaysia tidak perlu kucar-kacir jika pemimpin-pemimpin yang dipilih benar-benar berpelajaran dan berjuang untuk rakyat. Beberapa kesilapan yang perlu dijelaskan kepada semua masyarakat agar lebih prihatin tentang segala yang berlaku. Jangan lagi tertipu dengan kemegahan atau KEADILAN yang dilaung-laungkan oleh parti-parti politik yang sangat berkepentingan dan tidak mempunyai hala tuju jelas tentang perjuangan mereka. Tetapi, berubahlah untuk memilih pemimpin yang benar-benar ikhlas dan mampu membantu rakyat setempat tanpa mengambil kira parti atau ketuanya. Hal demikian jelas kerana seorang pemimpi yang baik haruslah mampu membuat keputusan sendiri untuk orang yang dipimpinnya tanpa terikat dengan mana-mana keputusan berat sebelah. Selain itu, wakil rakyat juga harus jelas dengan definisi perkataan WAKIL RAKYAT yang jelas menunjukkan bahawa merekalah yang harus menurut PERINTAH rakyat dan bukannya membuat keputusan bagi rakyat kerana mereka bukanlah dilantik sebagai BOS RAKYAT. Selain itu, pilihlah pemimpin yang mempunyai latar belakang yang baik dan normal, kerana kehidupan mereka akan mempengaruhi kerja mereka kelak untuk korup atau tidak. Tidak ketinggalan juga bagi pemimpin-pemimpin yang berselindung disebalik agama namun selepas mendapat tempat dan sokongan mula mengabaikan tuntutan agama dan kembali kepada cara kerja tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab. Bersamalah kita memahami semua ini untuk masa
depan yang lebih baik.

Amankan GAZA

Nasib keamanan sejagat di abad ini. Semakin hari semakin samar kefahaman berkenaan dengan keamanan dan keadilan di dunia. manusia semakin selesa dengan menzalimi orang lain untuk kepentingan sendiri berbanding keperluannya untuk menjalankan tanggungjawab ke arah apa yang diperjuangkan. Masyarakat Islam di serata dunia makin takut untuk mempertahankan saudara seagama berbanding dengan kaum lain yang cuba menghapuskan Islam secara terang-terangan dengan menyatakan bahawa apa yang dilakukan adalah pembunuhan suci. Berdiam diri memang baik untuk keamanan. Namun, biar bertempat. Ke mana pergi ego yang sering digunakan untuk menentang saudara sendiri itu? Kenapa tidak dihalakan kepada yang lebih layak dan BUKAN SAUDARA itu? AL-Fatihah untuk GAZA sehingga kembali aman.