BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 4, 2009

Perpaduan Politik

Politik di Malaysia semakin membimbangkan sejak ketua pembangkang dibebaskan. Perlukah semua ini berterusan untuk kesejahteraan rakyat? Perlukah beriya-iya untuk menjadi PERDANA MENTERI barulah sudi berkhidmat untuk rakyat? Di peringkat ini pun jelas bahawa keikhlasan seseorang individu itu mampu dipertikaikan. Lebih jelas adalah rentetan perkara memalukan yang berlaku di dewan mulia PARLIMEN. Tempat yang sangat dihormati sebagai penggubal undang-undang dan perancangan kemajuan sejagat. Namun, pertelingkahan demi pertelingkahan diwujudkan kononnya suara rakyat, sedangkan golongan inilah yang memalukan rakyat dan menjatuhkan pelaburan negara luar di dalam negara. Perlukah berkelakuan sumbang untuk membangkang? perlukah PEMBANGKANG itu membangkang semua tindakan kerajaan? dan perlukah KERAJAAN membangkang semua cadangan PEMBANGKANG? tanpa kedua-dua pihak ini memikirkan keperluan dan kebajikan rakyat? Mari sejenak kita ambil iktibar dari negara luar. Negara yang menjadi IDOLA pihak PEMBANGKANG iaitu A.S. Negara ini juga mengadakan pilihanraya untuk memilih presiden dan pelbagai pihak bertelagah dan menjual portfolio masing-masing. Namun, selepas selesai pilihanraya, semua calon mampu berjabat tangan dan bekerjasama sebagai suatu pasukan demi negara dan masyarakat. Kenapa teladan begini tidak diambil tetapi ikutan demonstrasi jalanan yang dibawa pulang ke Malaysia? adakah wakil rakyat Malaysia tidak mampu berbaik-baik dan menjadi ANGGOTA PARLIMEN semasa persidangan PARLIMEN dan bukanlah tiga pihak iaitu PEMBANGKANG, KERAJAAN, dan BEBAS? sedangkan secara formalnya, semua yang layak ke PARLIMEN adalah secara rasminya PIHAK KERAJAAN. Adakah pemimpin yang dipilih baru-baru ini tidak cukup berpendidikan sehingga tidak mampu memahami protokol mudah ini demi rakyat yang memberi KEPERCAYAAN yang tidak sepatutnya diperlekehkan. Hal demikian jelas kerana undi yang diberi bukanlah PERCUMA!!! Ingatlah pada golongan yang tidak berdaya dan sihat yang masih pergi mengundi dan memberi kepercayaan kepada pemimpin berkenaan. Adakah mereka berkorban untuk melihat BUDAK-BUDAK berGADUH di PARLIMEN? Dek kerana sikap itu, mereka akan lebih dahulu TUTUP MATA sebelum mampu melihat kemajuan dan kejayaan MALAYSIA 2020!!!. Sedarlah wahai PEMIMPIN-PEMIMPIN.

0 comments: