BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 4, 2009

Siapa Layak Memerintah?

Sepatutnya Malaysia tidak perlu kucar-kacir jika pemimpin-pemimpin yang dipilih benar-benar berpelajaran dan berjuang untuk rakyat. Beberapa kesilapan yang perlu dijelaskan kepada semua masyarakat agar lebih prihatin tentang segala yang berlaku. Jangan lagi tertipu dengan kemegahan atau KEADILAN yang dilaung-laungkan oleh parti-parti politik yang sangat berkepentingan dan tidak mempunyai hala tuju jelas tentang perjuangan mereka. Tetapi, berubahlah untuk memilih pemimpin yang benar-benar ikhlas dan mampu membantu rakyat setempat tanpa mengambil kira parti atau ketuanya. Hal demikian jelas kerana seorang pemimpi yang baik haruslah mampu membuat keputusan sendiri untuk orang yang dipimpinnya tanpa terikat dengan mana-mana keputusan berat sebelah. Selain itu, wakil rakyat juga harus jelas dengan definisi perkataan WAKIL RAKYAT yang jelas menunjukkan bahawa merekalah yang harus menurut PERINTAH rakyat dan bukannya membuat keputusan bagi rakyat kerana mereka bukanlah dilantik sebagai BOS RAKYAT. Selain itu, pilihlah pemimpin yang mempunyai latar belakang yang baik dan normal, kerana kehidupan mereka akan mempengaruhi kerja mereka kelak untuk korup atau tidak. Tidak ketinggalan juga bagi pemimpin-pemimpin yang berselindung disebalik agama namun selepas mendapat tempat dan sokongan mula mengabaikan tuntutan agama dan kembali kepada cara kerja tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab. Bersamalah kita memahami semua ini untuk masa
depan yang lebih baik.

0 comments: