BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 18, 2010

Tugas Guru Bebanan atau Imbuhan?

Hari ini hangat dipersoalkan bahawa tugas guru di sekolah menjadi bebanan di samping tugas mengajar. Sebelum itu ingin dijelaskan bahawa ini adalah pendapat kasar dari saya sendir tidak melibatkan mana-mana pihak atau tujuan. Sekadar pandangan ikhlas. Tugas-tugas lain itulah yang membezakan antara guru, pengajar dan pensayarah. Hari ini ada golongan guru yang melenting disebabkan perkara ini. Suka untuk saya rujuk kepada puluhan tahun sebelum ini, di mana guru juga melakukan semua tugas tersebut tanpa sebarang keluhan malah berbangga. Hal ini adalah kerana guru dianggap sebagai golongan cendekiawan di kalangan rakyat samada kelompok mahupun di Negara ini. Segalanya dirujuk kepada guru. Daripada pengkeranian, kertas kerja, politik, agama, kemahiran, nasihat, dan banyak lagi.
Jadi bayangkan, jika benar guru pada masa akan datang hanya bertugas mengajar dan tidak melakukan tugas-tugas lain, adakah mereka mampu menghulurkan bantuan kepada masyarakat seperti sepatutnya sedangkan mereka tidak ada apa-apa pengalaman? Adakah mereka akan ada kemahiran lain selain mengajar? Ini seharusnya difikirkan terlebih dahulu sebelum mengeluh. Sedangkan telah terbukti, perjuangan menuntut kemerdekaan pun turut diharungi oleh golongan guru kerana mereka tidak tertumpu kepada mengajar semata-mata tetapi juga sebagai ejen perubahan dan kemajuan bagi masyarakat sekitar. Oleh itu, percayalah bahawa tugas-tugas lain itu adalah suatu imbuhan atau bonus bagi guru untuk menambah kemahiran dan ilmu yang ada. Cuma yang jelasnya adalah para guru perlu lebih teratur dengan pembahagian masa dan pihak atasan juga harus lebih teliti dalam pembahagian tugas. Ikhlas adalah kunci segala persoalan. Kerana guru itu adalah segala ilmu buat rakyat agar tidak tersesat dan bertambah maju… Wallahualam…

0 comments: